Thursday, March 16, 2006

F1 Sepang macam seks di sauna

PEMANDU F1, David Coulthard, 35, menyifatkan pemanduan dalam perlumbaan F1 di litar Sepang seperti melakukan hubungan seks di dalam sauna. Beliau dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sesi sidang akhbar sebelum perlumbaan di Kuala Lumpur, 16 Mac lalu.

“Ia seperti melakukan sesuatu latihan psykologi di dalam sauna, yang berguna, dan seperti melakukan hubungan seks. Saya tidak boleh membayangkan kenapa semua orang mahu melakukan semuanya di sauna,” kata Couthard sepertimana dipetik AP.

Namun begitu, kata-kata Coulthard [foto sebelah] diganggu dan cuba dihentikan oleh pengacara majlis beberapa kali. Jenaka Coulthard ini juga merujuk kepada suhu negara ini yang panas, yang dijangka sekitar 33 darjah calsius di hari perlumbaan nanti.

“Kita semua di sini kerana kita tidak mendapatkan semua itu—jadi saya rasa hal ini adalah antara perkara biasa sahaja, seperti hubungan lelaki dan perempuan, bahkan lebih,” katanya lagi.

Kata-kata Couthard yang mewakili team Red Bull-Britain ini disambut oleh gelak ketawa para wartawan dan hadirin sebelum pengerusi majlis beberapa kali cuba untuk memintas.

“Berhenti di sini,” kata pengerusi majlis dan meminta agar soalan dan jawapan di dalam majlis berkenaan seharusnya berlegar sepertimana lazimnya persoalan perlumbaan kereta F1.

Perlumbaan F1 Sepang akan diadakan pada Ahad, 19 Mac ini sebagai memenuhi kalender F1 dunia. Beberapa pelumba terkemuka seperti Michael Schumacher yang mewakili pasukan Ferrari, Jenson Button (Honda), Fernando Alonso (Renault) dan Coulthard sudah tiba di Kuala Lumpur sejak awal minggu ini. Diana Syed Azman [Sariberita]

[kembali ke halaman utama]